Thursday, November 27, 2008

Tips memilih beanbag

Beanbags secara umumnya datang dalam pelbagai bentuk, size, nama dan harga. Ia juga amat berbeza dari segi kualiti iaitu fabrik yg digunakan, polisterin, jahitan dan juga pilihan2 lain seperti sarung luar sahaja dan juga sarung dalam.

Sesetengah pasaraya yang juga ada menjual bean bags yg diperbuat dari PU atau PVC. Harga sarung beanbag jenis ini boleh dikatakan agak murah berbanding dengan tempat lain. Dengan jahitan yg ala kadar dan zip yg tidak berkualiti, anda akan mendapati beanbags jenis ini akan mudah rosak dan menyebabkan polisterin bertaburan di dalam rumah anda yg mana akan membahayakan anak2 kecil(tersedut masuk ke hidung) dan juga sifat polisterin yg agak mudah terbakar jika terdedah kepada sumber api.

Pengguna yang bijak perlulah membandingkan beberapa perkara berikut sebelum membuat sebarang pembelian .


TIPS # 1
Sarung Luar - sarung luar daripada fabrik dari 100% kapas adalah lebih selesa dari fabrik dari nylon/PVC/dll . Secara umum kain yang diperbuat 100% dari kapas adalah lebih mahal dari kain yang diperbuat dari bahan lain seperti nylon dll (tidak termasuk sutera) .

TIPS #2
Sarung Dalam - beanbag yang berada diruang tamu atau tempat2 "umum" didalam rumah akan cepat kotor dan berbau. Ada sesetengah peniaga menggunakan perkataan seperti "berapa kali dalam sebulan anda basuh kerusi so anda ?" . Secara umumnya YA, kenyataan itu agak benar TETAPI , anda perlu ingat beanbag ini bukan sahaja digunakan untuk duduk sahaja. Kadar penggunaan beanbag adalah lebih atau sangat kerap, ianya digemari oleh setiap isi rumah. Iini belum cerita lagi pasal anak2 kecil dirumah ygpastinya sangat menggemari beanbag dirumah anda, mereka akan lompat, terjun , terbang dan macam2 lagi aksi, adakah mereka buat begitu disofa ????? Isu disini adalah TRAFFIC , lagi kerap sesuatu benda itu digunakan, maka lebih cepat ianya kotor, pretty simple and straight forward





.. bersambung bila ada masa terluang